



Majlis Pembahagian Dividen Peserta Ladang Rakyat peringkat ke-50 & Ceramah Berkelompok Kumpulan Peneguhan Jatidiri siri 101 bagi Kawasan Pengkalan Chepa telah diadakan pada 06 Oktober 2020/ 18 Safar 1442H bertempat di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK). Para peserta LR terdiri daripada DUN Panchor, Chempaka dan Kijang.
Majlis dihadiri oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Besar (ADUN Panchor) dan YB Ahmad Fathan Mahmood (ADUN Chempaka).
YB Dato’ TMB menyampaikan ucapan kepada para Peserta selepas ceramah peneguhan jatidiri. YB Dato’ turut menyampaikan slip bayaran dividen kepada para Peserta Ladang Rakyat diiringi oleh YABrs. Ketua Pegawai Operasi PPLRNK. En. Mohd Zain Mat.
* Ladang Rakyat Kelantan-Mengurus Amanah Rakyat*