30 Jun 2020 (Selasa) – Penyampaian Manfaat Khairat Kematian Peserta LR telah disampaikan oleh YB ADUN Kemuning kepada wasi Peserta LR DUN Kemuning yang meninggal dunia iaitu Roseli bin Hamat. Wasi Peserta iaitu isteri beliau Robiah binti Ismail menerima tunai khairat sebanyak RM5,000.00. Peserta tersebut telah meninggal dunia pada 2 Ogos 2019.
Manfaat khairat yang diagihkan adalah daripada caruman tahunan Peserta Ladang Rakyat ke Tabung Khairat Kematian Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan bagi tahun 2019.
~Ladang Rakyat Kelantan-Mengurus Amanah Rakyat~
Pengurusan PPLRNK
30 Jun 2020