Pada 1 Julai 2020 (Rabu), penyampaian manfaat khairat kematian Peserta LR Orang Asli telah disampaikan oleh YBrs. Penyelia Parlimen Gua Musang kepada wasi Peserta yang meninggal dunia iaitu Rasal A/L Seman. Wasi beliau Abu bin Along menerima sumbangan khairat sebanyak RM5,000.00. Peserta tersebut telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2019. Penyampaian diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Gua Musang.
Manakala penyampaian Khairat Kematian Peserta LR DUN Limbongan, Zaidi bin Husin telah disampaikan oleh YB ADUN Limbongan pada 2 Julai 2020 kepada wasi iaitu abangnya Zaid bin Husin yang berjumlah RM5,000.00. Peserta tersebut telah meninggal dunia pada 10 Oktober 2019.
Manfaat khairat yang diagihkan adalah daripada caruman tahunan Peserta Ladang Rakyat ke Tabung Khairat Kematian Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan bagi tahun 2019.
~Ladang Rakyat Kelantan-Mengurus Amanah Rakyat~
Pengurusan PPLRNK
2 Julai 2020