1 Syaaban 1442H /15 Mac 2021M
Majlis Penyerahan Sijil Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Pelindungan Tahun 2019 di Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan. Perbadanan memperolehi Anugerah 4 Bintang dalam pensijilan tersebut.
Inspektorat khas tersebut telah diadakan pada 22 Julai 2019 oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Kelantan.
Sijil telah disampaikan oleh YBrs. Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Kelantan kepada YABrs. Ketua Pegawai Operasi Perbadanan.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
~Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat~





Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat