Majlis Pembahagian Dividen Peserta Ladang Rakyat Peringkat ke-57 & Ceramah Berkelompok Kumpulan Peneguhan Jatidiri bagi Parlimen Pengkalan Chepa telah diadakan pada 17 November 2022 (Khamis) bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK). Majlis dihadiri oleh YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah (ADUN Panchor) dan YB Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmmod @ Mahamad (ADUN Chempaka) serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan, YABrs. Encik Mohd Zain bin Mat. Majlis turut dihadiri oleh YB Ustaz Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary bagi menyampaikan Ceramah Motivasi.
Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat





