Majlis Himpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan 2022 dan Pembahagian Dividen Peserta Ladang Rakyat Peringkat ke-56.
YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah menyampaikan Amanat kepada semua peserta Ladang Rakyat. YAB Ustaz Dato’ juga turut menyampaikan dividen kepada setiap DUN dan melibatkan tempoh 5 bulan.
Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahli Lembaga Perbadanan, Ahli Majlis Mesyuarat Kelantan serta ADUN dengan jumlah hadirin yang hadir lebih kurang 4,700 orang.
Ladang Rakyat Kelantan- Mengurus Amanah Rakyat