KONSEP PESERTA DALAM PEMBANGUNAN TANAH
Peserta Ladang Rakyat adalah dipilih dari kalangan golongan miskin dan dipilih tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik. Pencalonan Peserta pada peringkat awal adalah menerusi bancian Penggawa yang dikemukakan oleh Ketua Jajahan dan melalui Penghulu yang dikemukakan oleh Wakil Rakyat Kerajaan Negeri Kelantan, ditapis dan diluluskan dalam Mesyuarat Perbadanan. Syarat-syarat pencalonan peserta ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kumpulan Peneguhan Jatidiri Peserta Ladang Rakyat dan dibentang serta disahkan dalam Mesyuarat Perbadanan.
Peserta boleh hilang kelayakan sekiranya meninggal dunia atau telah didapati tidak menepati syarat-syarat lantikan peserta dan diganti oleh golongan miskin lain. Peserta tidak diberi tanah tetapi diberi manfaat daripada Program Pembangunan Ladang Rakyat iaitu menerima sumbangan RM200.00 sebulan. Peserta Ladang Rakyat juga dibuat pemutihan dalam tempoh-tempoh tertentu dan dibuat pencalonan semula peserta baharu.
Sehingga kini seramai lebih 4,800 orang Peserta termasuk dari kalangan bukan Islam dan Orang Asli telah mendapat dividen bulanan hasil daripada pemajuan tanah-tanah Ladang Rakyat seluas hampir 90,000 ekar.