Pembangunan Tanah

KONSEP PEMBANGUNAN LADANG RAKYAT

Program Pembangunan Ladang Rakyat Kerajaan Negeri Kelantan dijalankan di atas tanah-tanah Kerajaan di seluruh Negeri.  Perbadanan sebagai Agensi Kerajaan Negeri telah merangka dasar dan strategi pembangunan ladang dengan pulangan hasil yang maksimum bagi membolehkan Perbadanan menyalurkan hasil tersebut kepada peserta ladang. Sehingga kini lebih 80,000 ekar tanah Kerajaan yang dijadikan ladang rakyat telah ditanami dengan pokok kelapa sawit sejak tahun 2007 dan sebahagiannya sudah mula mengeluarkan hasil.

Bagi tanah-tanah Kerajaan yang berhampiran kawasan penempatan dan kawasan rayauan Orang Asli, adalah dipastikan bahawa kawasan penempatan dan kawasan rayauan mereka juga tidak dimasukkan ke dalam kawasan Ladang Rakyat. Sepertimana penduduk tempatan dan peneroka, penduduk Orang Asli telah diambil bekerja dalam ladang-ladang manakala infrastruktur utama ke kampung-kampung mereka dinaiktaraf dan ini sedikit sebanyak telah membawa perubahan kepada keadaan sosio-ekonomi mereka .

Walaupun   tanah-tanah orang asli di Negeri Kelantan tidak diwartakan  di bawah Seksyen 7(1) Akta Orang Asli 1954, namun Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil inisiatif melalui perizaban tanah Kerajaan di bawah seksyen 62 kanun Kanun Tanah Negara 1965 di mana  perkampungan orang asli dan rayauan orang asli dirizabkan untuk kegunaan orang asli. Tiada perkampungan dan kawasan rayauan orang asli yang terjejas dan tiada orang asli yang dipindahkan atau berpindah daripada perkampungan asal mereka hasil dari pemajuan Tanah Kerajaan dengan Ladang Rakyat.

Menu