Unit Audit Dalam & Naziran

Unit Audit Dalam & Naziran

UNIT AUDIT DALAM & NAZIRAN berperanan dalam melaksana pengauditan dalaman di Perbadanan termasuklah menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam, menyedia dan melaksanakan program audit dan menjalankan pengauditan.

 

Unit iniĀ  bertanggungjawab dalam memberi syor dan khidmat nasihat berdasarkan hasil audit dalaman. Hasil daripada pengauditan tersebut, UnitĀ  ini menyediakan laporan pemeriksaan audit, membentangkan Laporan Audit dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan juga dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Perbadanan.

 

Unit ini juga menjalankan kerja-kerja Naziran terutama yang berkaitan dengan aspek-aspek utama naziran seperti Pengurusan Kaunter, Piagam Pelanggan, Pengendalian Aduan, Pengurusan Rekod Kedatangan, Pergerakan Keluar/Masuk Pegawai/kakitangan, Sistem Peraturan dan Prosedur Kerja, Pelaksanaan Pengawalan Disiplin Pegawai/Kakitangan, Keadaan Fizikal dan Persekitaran Pejabat, Pengurusan Teknologi Maklumat, Nilai dan Etika dan Pengurusan Kenderaan.

Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada: 12/05/2013


HakCipta © 2013
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN PPLRNK | PETA LAMAN | WEBMAIL