Bahagian berfungsi untuk menjalankan dan menguruskan aktiviti-aktiviti ladang, membangunkan tanah-tanah dan ladang-ladang yang dimajukan di bawah Perjanjian Pembangunan Tanah Ladang.
Konsep Pembangunan Ladang Rakyat
Program Pembangunan Ladang Kerajaaan Negeri Kelantan dijalankan di atas tanah-tanah Kerajaan di seluruh Negeri. Perbadanan sebagai agensi Kerajaan Negeri telah merangka dasar dan strategi Pembangunan Ladang dengan pulangan hasil yang maksimum bagi membolehkan Perbadanan menyalurkan hasil tersebut kepada Peserta Ladang. Sehingga kini kira-kira 50,401 ekar tanah Kerajaan yang dijadikan Ladang Rakyat telah ditanami dengan pokok kelapa sawit sejak tahun 2001 dan sebahagiannya sudah mula mengeluarkan hasil.
Pemuliharaan Kualiti Alam Sekeliling
Perbadanan amat prihatin terhadap isu-isu berkaitan alam sekitar dimana pembukaan kawasan-kawasan ladang oleh Perbadanan telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar. Pemantauan ketat dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Perunding Alam Sekitar berdaftar bagi memastikan pemajuan ladang rakyat mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Justeru, pemaju ladang rakyat tidak menjejaskan alam sekitar dan sungai.
Setakat ini Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan sedang memajukan
ladang kelapa sawit di lokasi-lokasi sebagaimana senarai berikut ;
JADUAL KELUASAN TANAH LADANG RAKYAT (ekar)
Ladang-ladang ini dijangka mula mengeluarkan hasil pada tahun 2010. Di samping itu, kawasan-kawasan baru sedang dikenalpasti oleh Perbadanan bagi membangun lebih banyak ladang kelapa sawit untuk manfaat penduduk miskin Negeri Kelantan. Usaha pembinaan kilang kelapa sawit juga sedang dijalankan bagi menampung keperluan ladang rakyat. Setakat ini dua lokasi telah diputuskan bagi menempatkan kilang-kilang berkenaan iaitu Kawasan Limau Kasturi, Gua Musang dan Kuala Balah, Jeli.

Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada: 12/05/2013
HakCipta © 2013
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN PPLRNK | PETA LAMAN | WEBMAIL