REFORMASI
- Reformasi pembangunan tanah melalui konsep tanpa pajakan di mana tanah tidak dipajak kepada syarikat swasta.
- Berperanan sebagai Agensi Pelaksana Kerajaan Negeri dalam membangunkan Tanah-tanah Kerajaan yang diteroka haram.
- Membangunkan tanah-tanah yang diberi hakmilik secara dasar kepada rakyat melalui Program Pemberimilikan Tanah Berkelompok melalui kontrak perladangan dengan tuan-tuan tanah.
TRANSFORMASI
- Tranformasi sosio-ekonomi khususnya kepada Peserta Ladang Rakyat dan rakyat Kelantan secara amnya dengan berusaha mengeluarkan mereka daripada 3 jenis kemiskinan iaitu kemiskinan material, kemiskinan spiritual dan kemiskinan intelektual.
- Material
- Pembahagian Dividen Saham Peserta
- Koperasi Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan Berhad
- Program Ekonomi Pasca Graduasi
- Spritual & Intelektual
- Program Kumpulan Peneguhan Jatidiri
- Skim Takaful Hayat Berkelompok Peserta Ladang Rakyat
- Program Kebajikan Peserta
ARTIKULASI
- Perbadanan mengadunkan kedua-dua reformasi pembangunan tanah dan tranformasi sosio-ekonomi Peserta dan menjalinkan dengan konsep Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan bersesuaian dengan konsep pentadbiran Kerajaan Negeri.
- Melalui jalinan ini wujudlah satu sistem kesempurnaan dalam mencapai matlamat Perbadanan bagi meningkatkan ekonomi rakyat miskin, menjaga kebajikan rakyat sekaligus meningkatkan tahap sosio-ekonomi penduduk dan Negeri Kelantan.